Contoh Resume Untuk Memohon Kerja

1. Nama      :

2. Alamat :
3. Email :
4. Nombor telefon rmah dan bimbit :
5. Objektif kareer saya ialah ..................... ( matlamat anda ingin dicapai dan sumbangan kepada organisasi tempat dipohon kerja)
6. Kelebihan saya ialah .........................(kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal organisasi anda).
6. Latar belakang akademik anda (pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga peringkat tertinggi).
7. Pengalaman bekerja (jawatan, tempat, pencapaian, anugerah jika ada)
8. Kemahiran komputer dan kemahiran bahasa.
9. Rujukan – pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda.
Anda boleh tulis resume anda dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris, saya syorkan anda menulis dalam bahasa Melayu. Sekiranya anda menulis dalam Bahasa Inggeris, anda akan ditanya lebih banyak dalam bahasa Inggeris semasa temuduga nanti.

Peribahasa Melayu "mengukur baju di badan sendiri" (Malay proverb "measure your coat on your own person")



membawa maksud supaya seseorang itu perlu tahu kebolehan diri sendiri. Oleh itu sebelum mengata, atau mengkritik orang lain seseorang itu perlu tahu keupayaan atau kebolehan dirinya sendiri.

"ukur baju di badan sendiri" (measure your coat on your own person) - A Malay proverb which means that one should know one's own abilities


Khasiat Telur


Khasiat telur ayam ini telah dihuraikan oleh Imam Ibn Qayyim yang diterjemahkan dalam buku " Healing with the Medicine of The Prophet". Berdasarkan buku ini mengatakan telur yang segar adalah lebih baik dari telur yang lama. Dalam banyak-banyak telur, telur ayam adalah yang terbaik. Telu ayam adalah mudah dihadam dan sejuk.

Pengarang Qanoon berkata, " kuning telur adalah panas dan basah serta berguna untuk membersih darah tetapi kurang berkhasiat". Kuning telur juga didapati mengubati kesakitan dan membersikan peruk serta saluran pernafasan. Kuning telur juga bagus untuk mengubat batuk dan mencegah kanser paru-paru, hati dan prostat. Ia juga baik untuk meningkatkan keberkesanan buah badam.

Jika putih telur (albumin) dititiskan kepada mata ia akan menjadibat dan menyejukkan mata. Albumin juga boleh digunakan sebagai pencuci muka dan mengelakkan sunburn. (TO BE CONTINUED)

KONSEP 5 P DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU

1.  Penggabungjalinan
     - proses menggabungkan beberapa kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran.   
Tujuan Strategi Penggabungjalinan:
 - Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak
 - Menjadikan bentuk pengajaran lebih menarik dan bermakna
 - Membolehkan suasana pembelajaran lebih berkesan
 - Boleh mewujudkan pelbagai aktiviti dan melibatkan lebih ramai murid
Bentuk Pengabungjalinan:
a) Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran 
( bahasa ).Sekurang-kurangnya 2 kemahiran.
b). Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

Contoh pengabungjalinan aspek kemahiran bahasa dalam P&P:
 
Bacaan  :  membaca senyap
Lisan     :  latihan kefahaman
                 - soal jawab
                 - latihan tatabahasa ( dilakukan secara tidak langsung)
                 - memberi pendapat
Bertulis  :  - latihan kefahaman